MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PERSIDANGAN SAINTIFIK MENGENAI OBESITI 2023 ANJURAN PERSATUAN KAJIAN OBESITI MALAYSIA (MASO) DI HOTEL MARRIOT, PUTRAJAYA.

4  September 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Persidangan Saintifik mengenai Obesiti 2023 anjuran Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) di Hotel Marriot, Putrajaya.

Obesiti diklasifikasikan sebagai "penyakit" yang merupakan faktor risiko utama yang menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi atau hipertensi, strok, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Peningkatan kematian pramatang di Malaysia juga sebahagiannya disebabkan oleh obesiti.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2019) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati separuh daripada orang dewasa Malaysia (50.1%) mempunyai berat badan berlebihan (30.4%) dan obes (19.7%).

Pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75 pada tahun 2022, Negara Anggota, termasuk Malaysia telah menerima cadangan baharu bagi pencegahan dan pengurusan obesiti dan bersetuju Pelan Pecutan WHO untuk menghentikan obesiti.

YB Lukanisman menyatakan bahawa ia adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama semua pihak berkepentingan, termasuk KKM dan Agensi kerajaan, profesional penjagaan kesihatan, pendidik, ibu bapa, komuniti dan industri bagi mengawal peningkatan obesiti.

Turut hadir bersama ialah Prof Madya Dr. Geeta Appannah, Presiden MASO, Prof. Profesor Dr. Hazizi Abu Saad, Naib Presiden MASO dan Puan Fatimah Zurina Mohammad, Bahagian Pemakanan, KKM.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-09-22 11:33:18 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page