MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN DELEGASI DARI THAILAND YANG DIKETUAI OLEH TUAN SURA WISEDSAK, KETUA PENGARAH JABATAN SOKONGAN PERKHIDMATAN KESIHATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM THAILAND DI IBU PEJABAT KKM.

4 September 2023- YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima kunjungan delegasi dari Thailand. Delegasi tersebut diketuai oleh Tuan Sura Wisedsak, Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Awam Thailand.

Delegasi seramai 40 orang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Awam Thailand ini juga merupakan peserta Program Latihan Eksekutif Perubatan dan Kesihatan Awam, Thailand. Delegasi tersebut dalam rangka lawatan selama dua (2) hari bermula 4 September 2023, dan telah  dijadualkan ke beberapa siri lawatan, termasuk Institut Kanser Negara, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Klinik Kesihatan Bandar Botanik dan Hospis Malaysia.

YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM telah mempengerusikan beberapa siri perbincangan tentang sistem penjagaan kesihatan di Malaysia terutama berkaitan penjagaan kesihatan primer, penyakit tidak berjangkit (NCD), pemberdayaan komuniti dan perkhidmatan penjagaan warga emas di Malaysia.

Lawatan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Thailand. Malaysia dan Thailand sentiasa komited dalam membangunkan serta memperkasa bidang kesihatan awam antara dua hala bagi menjamin kesejahteraan kesihatan negara serantau.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-09-22 11:57:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page