MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SULTAN JOHOR BERKENAN MENERIMA MENGHADAP YB MENTERI KESIHATAN

4 September 2023- DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menerima mengadap YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru.

YB Menteri Kesihatan telah menyembah maklum mengenai cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) serta perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaik taraf kemudahan dan fasiliti di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Cadangan ini berikutan daripada lawatan beliau ke HSA baru- baru ini setelah mengadakan pemantauan di samping meninjau keadaan fasiliti dan wad-wad di hospital berkenaan.

Terdahulu, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mengumumkan kelulusan peruntukan sebantak RM500 juta untuk menaiktaraf HSA Johor Bahru.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Turut hadir YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM.

Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Allah Peliharakan Sultan.

 

image image

Kemaskini pada 2023-09-22 13:31:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page