MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PERSIDANGAN HTASIALINK YANG KE-11 DI PUTRAJAYA

5 September 2023- YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Persidangan HTAsiaLink yang ke-11 di Putrajaya.

Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS), Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dan diadakan setiap tahun secara bergilir di kalangan negara-negara ahli di rantau ini. Malaysia amat berbesar hati menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Tema persidangan bagi tahun ini ialah “Reshaping and Reshifting Health Technology Assessment (HTA) in Navigating the Future Landscape.” Seramai lebih daripada 300 delegasi dari 21 negara, yang terdiri daripada agensi HTA, ahli akademik, penyelidik, pelajar dan pembuat dasar telah menghadiri persidangan ini.

Objektif utama persidangan ini adalah untuk memberi peluang kepada penyelidik membentangkan hasil penyelidikan mereka dan berbincang bersama pakar antarabangsa mengenai isu-isu kesihatan semasa. Persidangan ini juga memberi peluang kepada penyelidik muda dalam bidang HTA untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama penyelidik-penyelidik lain.

Persidangan ini diharapkan akan mengilhamkan delegasi untuk berfikir dan bekerja di luar batasan konvensional dan menerima idea-idea baru yang akan memacu negara ke arah masa depan yang lebih cerah dan sihat.

Turut hadir, YBrs. Dr. Mohd Azman Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, YBhg. Prof Dr. Asrul Akmal Shafie, Pengarah Pusat Perancangan dan Strategik Institusi USM dan YBrs. Dr Izzuna Mudla Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-09-22 13:48:23 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page