MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PROF TSHILIDZI MARWALA, RECTOR OF UNITED NATIONS UNIVERSITY MERANGKAP UNDER-SECRETARY-GENERAL OF THE UNITED NATIONS DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

5  September 2023- YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada Prof Tshilidzi Marwala, Rector of United Nations University merangkap Under-Secretary-General of The United Nations di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan potensi kerjasama dan kolaborasi antara UN dan KKM terutamanya dalam merealisasikan pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan yang telah diluluskan oleh Parlimen pada Jun lalu. Melalui perbincangan tersebut, delegasi UN telah menyatakan kesediaan untuk bersama KKM bagi menyediakan program-program pembangunan kapasiti dalam bidang perancangan dasar mahupun dalam usaha pendigitalan sektor kesihatan.

Penerimaan resolusi Behavioural Sciences for Better Health di 76th World Health Assembly pada 29 Mei 2023 yang diterajui oleh Malaysia turut dipuji oleh delegasi UN dan kerjasama untuk merealisasikan resolusi ini boleh diterokai oleh kedua-dua belah pihak.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan serta Puan Karima el-Korri, UN Resident Coordinator di Malaysia dan Encik Rajat Khosla, Pengarah United Nations University International Institute for Global Health (UNU-IIGH).

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-09-22 16:50:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page