MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS MENANDATANGANI PIAGAM PROJEK ANTARA PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) DAN UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

6 September 2023- Majlis Menandatangani Piagam Projek antara Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.
Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM dan YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah, MAMPU Adalah bagi menandatangani Piagam Projek Khidmat Perundingan Pembangunan Sistem Aplikasi Medical Device Centralised Online Application System (MeDC@St) 3.0 antara Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Pihak MAMPU akan memberi bimbingan dan nasihat kepada pihak MDA berkenaan aspek Pembangunan Sistem dan Pengurusan Pangkalan Data dalam pelaksanaan kajian keperluan bisnes dan kajian keperluan sistem bagi tujuan pembangunan Sistem MeDC@St 3.0. Sistem MeDC@St 3.0 ini mempunyai 9 modul utama antaranya ialah Modul Lesen Establismen, Modul Pendaftaran Peranti Perubatan, Modul Pendaftaran Badan Penilaian Pematuhan dan Modul Permohonan Notifikasi Peranti Perubatan. 

Turut hadir YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan YBrs. Dr. Fazidah Binti Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-09-22 21:40:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page