MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 DI AUDITORIUM INSTITUT KANSER NEGARA, PUTRAJAYA

7 September 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2023 di Auditorium Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Objektif utama penganjuran minggu Kesedaran Pendermaan Organ yang merupakan acara tahunan adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia berkaitan kepentingan pendermaan organ dalam menyelamatkan nyawa.

Tema sambutan pada tahun 2023 adalah Derma Organ: Erti Sebuah Kehidupan. Tema ini dipilih bagi menyatakan bahawa terdapat simbiosis di antara pengorbanan seorang penderma dan penerima organ dalam menjalani sinar kehidupan yang baharu dengan penuh kesyukuran.

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2023 akan berlangsung dari 7 hingga 13 September 2023. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan oleh KKM bagi meningkatkan kesedaran kepentingan menderma organ merangkumi aktiviti promosi kesedaran, kerjasama pintar dengan pelbagai pihak, penyelidikan dan peningkatan kemahiran anggota kesihatan.Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendermaan organ, orang ramai boleh melayari laman sesawang Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) di www.dermaorgan.gov.my.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBrs. Dr. Mohd Anis Bin Haron, Pengarah Institut Kanser Negara dan YBrs. Dr. Abdul Ghani Bin Abdul Jalil, Pengarah Pusat Sumber Transplan Nasional.

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-09-22 22:20:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page