MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PELEPASAN KEMBARA SEKOLAH 2023 DI PUTRAJAYA.

8 September 2023- YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan telah menyempurnakan Pelancaran Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan dan Pelepasan Kembara Sekolah 2023 di Putrajaya.

BMSS merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation; meningkatkan literasi kesihatan rakyat; dan mengukuhkan solidariti promosi kesihatan melalui kolaborasi antara agensi kerajaan, swasta, NGO dan komuniti.

Program dan aktiviti sambutan BMSS dilaksanakan sepanjang bulan September dengan memberi fokus kepada lima (5) domain pembudayaan hidup sihat,

iaitu:

i) Minda sihat

ii) Aktiviti fizikal

iii) Pemakanan sihat dan selamat

iv) Tidak merokok

v) Kebersihan diri dan kebersihan persekitaran

Kedua-dua timbalan menteri turut menyempurnakan Acara Pelepasan Kembara Sekolah sebagai manifestasi kolaborasi rakan strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. Kembara sekolah merupakan aktiviti yang berfokuskan budaya hidup sihat di sekolah masing-masing. Semua kementerian, NGO serta pihak swasta juga turut menjayakan sambutan BMSS di institusi, lokaliti dan premis masing-masing sebagai tanda sokongan dan solidariti dalam pembudayaan hidup sihat sepanjang bulan September ini.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan), YBhg. Dato' Zainal Azman bin Abu Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), dan Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Profesionalisme.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-09-26 14:51:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page