MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2023 (ILKKM 2023) ZON SARAWAK DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS), KUCHING.

9 September 2023- YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia 2023 (ILKKM 2023) Zon Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching.

Istiadat konvokesyen tahun ini meraikan 8,643 graduan. Istiadat yang berlangsung selama enam (6) hari bermula di Zon Sarawak ini akan diteruskan di Zon Sabah dan berakhir di Zon Semenanjung.

Majlis menyaksikan seramai 1,195 graduan daripada pelbagai bidang di ILKKM pada Istiadat Konvokesyen Zon Sarawak kali ini.

Tema Istiadat Konvokesyen 2023 adalah “Graduan ILKKM Cemerlang, Pendukung Kesihatan Madani”. Tema ini adalah bertepatan dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan kompeten sebagai pendukung sistem penyampaian kesihatan negara.

YB Lukanisman berharap agar para graduan sentiasa berusaha memelihara kemuliaan profesion dan sentiasa berpegang teguh serta mematuhi etika dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Turut hadir bersama ialah YBrs. Noor Aini Binti Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan,YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, YBrs. Puan Nadiyah Binti Ismail, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan (Institut Latihan), YBrs. En. Azlan Bin Ahmad, Timbalan Setiausaha BPL (Operasi Latihan), YBrs. Hadzrul Hani Binti Masbop, Timbalan Setiausaha BPL (Dasar Latihan), En. Rajendran A/L P. Karayaganam, Pengarah ILLKM Kuching (Kesihatan Awam), YBrs. Puan Ng Lee Cheng, Timbalan Pengarah Akademik ILKKM Kuching dan Puan Noriza binti Isnawi, Pengarah ILKKM Sibu (Kejururawatan).

 

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-09-26 14:59:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page