MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PELANCARAN PAMERAN HALAL ANTARABANGSA MALAYSIA (MIHAS 2023) EDISI KE-19 SEMASA MAJLIS PERASMIAN SIDANG KEMUNCAK HALAL GLOBAL (GHAS) 2023.

13 September 2023- YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2023) edisi ke-19 semasa majlis perasmian Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2023. Turut hadir dalam acara tersebut adalah YB Dr. Zaleha Mustafa, Menteri Kesihatan.

MIHAS 2023 edisi ke-19, dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), menampilkan hampir 1,900 reruai pameran yang diwakili oleh 44 negara yang mengambil bahagian, dan turut menjangkakan seramai 35,000 pengunjung. MIHAS 2023 bukan sahaja satu acara MIHAS terbesar setakat ini tetapi juga merupakan pameran Halal terkemuka di dunia.

Pameran itu akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula dari 12 hingga 15 September 2023.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, MIHAS telah menjadi suatu penanda aras bagi perdagangan dan perniagaan Halal sama ada di peringkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2022, MIHAS telah Berjaya menarik lebih 30,000 pelawat perdagangan, dan menjana jualan bernilai lebih RM2.3 bilion (USD 513 juta).

MIHAS merupakan platform pasaran Halal yang kukuh bagi pemain antarabangsa dan tempatan untuk merebut peluang industi Makanan Halal serta industri Halal lain seperti farmaseutikal Halal, peranti perubatan, kewangan, fesyen , penjagaan diri dan kosmetik, malah pelancongan mesra Muslim.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-09-26 15:22:35 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page