MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA P.Y.T RUTH DREIFUSS, TIMBALAN PRESIDEN INTERNATIONAL COMMISSION AGAINST THE DEATH PENALTY (ICDP).

13 September 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada P.Y.T Ruth Dreifuss, Timbalan Presiden International Commission against the Death Penalty (ICDP).

Sesi kunjungan hormat ini adalah berkenaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) serta Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) yang mula berkuatkuasa pada 12 September 2023.

Antara perkara yang dibincangkan hari ini adalah berkenaan isu penggunaan dadah yang bukan sahaja merupakan kesalahan berat terhadap undang-undang negara tetapi turut melibatkan kesan kepada isu kesihatan negara.

Menurut YB Menteri Kesihatan, pelaksanaan kedua-dua akta ini akan memberi impak ke atas perkhidmatan kesihatan di dalam penjara dan pusat tahanan. Penghuni penjara dan pusat tahanan yang semakin meningkat memerlukan lebih ramai petugas kesihatan bagi memastikan bukan sahaja kesihatan fizikal malah kesihatan mental penghuni adalah baik.Sehubungan itu, jumlah pasukan kesihatan di penjara dan pusat tahanan perlu diselaraskan berdasarkan pelaksanaan kedua-dua akta ini.

Kunjungan hormat pada hari ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan dan beberapa orang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia serta delegasi daripada International Commission against the Death Penalty (ICDP)

image image image

Kemaskini pada 2023-09-26 15:27:24 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page