MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA T.Y.T EMIR SALIM YÜKSEL, DUTA BESAR REPUBLIK TÜRKIYE DI PARLIMEN

13 September 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada T.Y.T Emir Salim Yüksel, Duta Besar Republik Türkiye di Parlimen. Dalam kunjungan hormat ini, Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Malaysia dan Turkiye Dalam Bidang Kesihatan dan Sains Perubatan yang ditandatangani pada 7 Julai 2022 telah dibincangkan.

Kerjasama dalam bidang-bidang dinyatakan dalam MoU berkenaan yang juga merupakan bidang fokus Kementerian Kesihatan seperti pertukaran kepakaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan perkongsian amalan terbaik (best practices) dalam bidang kesihatan harus dilaksanakan. Selain itu, perbincangan turut menyentuh peluang kerjasama bagi bertukar pendapat dan best practices dalam melaksanakan ujian klinikal serta berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam R&D vaksinasi.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan KKM dan Pegawai-Pegawai Kanan KKM serta Puan Ayşe Aydoğdu, Setiausaha Pertama Kedutaan Republik Türkiye.

 

image image image

Kemaskini pada 2023-09-26 15:32:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page