14 September 2023-YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir menyaksikan perjanjian jalinan kerjasama baharu antara Sunsuria Healthcare dan Icon Cancer Cetre bertujuan menambah baik hasil rawatan pesakit kanser, memajukan kepakaran klinikal penjagaan kanser dan meningkatkan taraf penjagaan kanser bagi rakyat Malaysia di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia telah mencatatkan sejumlah 48,639 kes kanser baharu pada tahun 2020, dan angka ini dijangka akan berlipat ganda menjelang tahun 2040.
Majlis ini juga menyaksikan kehadiran Dr. Steven Barraclough, Wakil Kanan Kerajaan Pelawat di Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (DFAT), Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia dan Melanie Harris, Pesuruhjaya Perdagangan dan Pelaburan ke Malaysia dan Brunei, Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (AUSTRADE).
Jalinan kerjasama antara Sunsuria Healthcare dan Icon Group ini merupakan kerjasama strategik yang akan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan sektor penjagaan kesihatan di Malaysia.
Turut hadir, YBhg. Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad, Audrey Ooi, Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria Healthcare, dan Serena Wee, Ketua Pegawai Eksekutif Icon ASEAN dan Hong Kong, dan YBrs. Dr. Patricia Kho, Pengarah Perubatan Icon Cancer Centre di Mt Alvernia.
Kemaskini pada 2023-09-26 15:51:47 daripada UKK Norhanita