MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE HOSPITAL BINTULU.

15 September 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Bintulu, bersempena dengan lawatan kerja ke Sarawak.

Hospital Bintulu yang terletak kira-kira 15km dari pusat bandar telah mula beroperasi di Jalan Abang Galau sejak 1968 sebelum berpindah dan mula beroperasi di bangunan baharu di Jalan Nyabau pada 20 Mei 2000.

Hospital Bintulu yang dianggarkan berkeluasan 80 hektar adalah bertaraf hospital berpakar Major dengan 15 kepakaran bermula pada tahun 2020 telah menempatkan sebanyak 312 katil dimana 20 katil Penjagaan Rapi dan 292 katil biasa.

Satu sesi taklimat mengenai pembangunan dan perancangan hospital Bintulu telah di sampaikan oleh YBrs. Dr. Suzalinna binti Sulaiman, Pengarah Hospital Bintulu. Hospital Bintulu terletak di bawah kluster Sarawak Barat di mana Hospital Bintulu merupakan Lead Hospital antara Hospital Mukah dan Hospital Dalat.

YB Dr. Zaliha Mustafa meluangkan masa melawat sekitar kawasan Hospital Bintulu dan juga melihat fasiliti serta infrastruktur bangunan Hospital Bintulu.

Turut hadir ialah YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Dato' Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-09-26 16:21:17 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page