MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE KLINIK KESIHATAN BINTULU

15 September 2023-YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja beliau di Bintulu, Sarawak dengan lawatan terakhir di Klinik Kesihatan Bintulu.

Klinik Kesihatan Bintulu merupakan klinik utama di bahagian Bintulu yang juga merupakan klinik jenis 3XP. Ianya mula dibina pada tahun 2007 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Klinik ini secara rasminya mula beroperasi pada 16 Julai 2012.

Tingkat bawah bangunan dilengkapi dengan Unit Pesakit Luar, Unit Kesihatan Ibu & Anak, Unit Makmal, Unit Radiologi, Unit Farmasi, Unit Kesihatan Sekolah, Unit Diabetes, Unit Rehabilitasi dan Klinik Pergigian.  Tingkat 1 klinik tersebut pula merupakan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

Jumlah purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 1,000 hingga 1,200.

Satu sesi taklimat mengenai perancangan fasiliti-fasiliti Kesihatan di bahagian Bintulu telah diberikan oleh Dr. Noor Baizura, Pegawai Kesihatan Daerah Belaga. YB Dr. Zaliha Mustafa telah bekesempatan melawat sekitar KK Bintulu sambil beramah mesra dengan warga kerja dan juga pesakit yang datang mendapat perkhidmatan Kesihatan di KK tersebut.

Turut hadir ialah YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Dato' Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-09-27 12:19:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page