16 September 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Jantung Sarawak (PJS) dan turut meninjau cadangan tapak pembinaan Pusat Kanser Sarawak (PKS) di Kuching Sarawak.
Tapak Pusat Kanser Sarawak yang dicadangkan adalah bersebelahan dengan Pusat Jantung Sarawak.Selepas meninjau cadangan tapak Pusat Kanser Sarawak, YB Dr. Zaliha melawat sekitar bangunan dan wad-wad di Pusat Jantung Sarawak. Antara wad-wad yang dilawati adalah Cardiac Rehabilitation ward 1 (Wad Pemulihan Jantung 1), Coronary care Unit (Unit penjagaan koronari) dan Cardiothorasic intensive care unit CICU (unit rawatan rapi kardiotorasik).
YB. Dr. Zaliha turut mengambil kesempatan menyantuni warga kerja Pusat Jantung Sarawak dan juga beramah mesra dengan pesakit-pesakit yang datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Pusat Jantung tersebut.
Turut hadir ialah YB Prof. Dato’ Sri Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak.
Kemaskini pada 2023-09-27 12:25:38 daripada UKK Norhanita