MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK (KKIA) BATU KAWA, KUCHING SARAWAK

16 September 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan seterusnya telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Batu Kawa, Kuching Sarawak.

Satu sesi taklimat mengenai pembangunan dan perkhidmatan KKIA Batu Kawa telah disampaikan oleh Dr. Teo Cyok Noy, Pegawai perubatan menguasa KKIA Batu Kawa.

Perkhidmatan kesihatan di Batu Kawa bermula pada 1962 manakala perkhidmatan kesihatan ibu dan anak bermula pada 1979.

KKIA Batu Kawa telah dipindahkan ke bangunan balai polis sejak 2005 dan digunakan sehingga kini.Jumlah purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 60-70 orang pesakit sehari.Perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh KKIA Batu Kawa adalah Kesihatan ibu hamil dan selepas hamil, Kesihatan kanak-kanak (immunisasi / tumbesaran) dan Kesihatan wanita (papsmear, mammogram, merancang kehamilan, pra-kehamilan).

YB Dr. Zaliha turut meninjau keadaan sekitar bangunan kayu KKIA Batu Kawa serta mengambil kesempatan beramah mesra dengan warga kerja di KKIA Batu Kawa.

Turut hadir ialah YB Prof. Dato’ Sri Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak, YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dan Dr. Raziah binti Muhamad, Pegawai kesihatan Bahagian Kuching.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-09-27 12:31:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page