MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023 PADA 16 SEPTEMBER 2023 DI STADIUM PERPADUAN, KUCHING, SARAWAK.

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri sambutan Hari Malaysia 2023 pada 16 September 2023 di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan majlis sambutan bertemakan ‘Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’, yang menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia sebagai tonggak untuk merealisasikan harapan Malaysia MADANI.

‘Segulai Sejalai’ merupakan cogan kata dalam bahasa Iban yang bermaksud ‘Berjalan Seiringan’ itu bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Antara pengisian program di Stadium Perpaduan ialah persembahan tarian oleh tiga Wilayah Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah serta persembahan khas “Musical Segulai Sejalai” dan Persembahan Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Majlis sambutan juga dihadiri oleh Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri, Datuk Fatimah Mohamad Iskandar, YAB Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri dan YAB Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri.

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-09-27 13:31:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page