MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERSIDANGAN NATIONAL CONFERENCE FOR CLINICAL RESEARCH (NCCR) 2023 KALI KE-16

21 September 2023- Persidangan National Conference for Clinical Research (NCCR) 2023 Kali Ke-16 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan Malaysia mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan di The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak.

Persidangan ini diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 Penubuhan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Umum Sarawak serta Hari Penyelidikan Peringkat Negeri Sarawak. Bertemakan ‘Quantum Leap in Research Leadership’, persidangan kali ini mengetengahkan kejayaan transformasi yang memacu pengetahuan dan inovasi dalam bidang penyelidikan klinikal.

Persidangan NCCR dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), salah satu daripada enam institut penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Negara (NIH) Malaysia dengan kerjasama Clinical Research Malaysia (CRM). Persidangan tahun ini disertai oleh lebih 400 delegasi dengan 48 ahli fakulti termasuk 7 penceramah luar negara.

Fokus utama persidangan ini adalah sesi ICR-Named Lecture: Quantum Leap in Research Leadership oleh Datuk Dr. Muhammad Radzi Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Hajah Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), mewakili Ketua Pengarah Kesihatan. Selain itu, CRM-Named Lecture turut disampaikan oleh Dr Joseph Cheriyan dari Universiti Cambridge, yang berkongsi pembelajaran dan pengalaman utama dalam penyelidikan fasa awal.

Persidangan kali ini turut menampilkan bengkel saintifik yang memberikan fokus kepada kaedah untuk membina dan mengembangkan idea penyelidikan. Persidangan ini turut menyediakan platfom kepada pakar perubatan dan penyelidik yang hadir untuk membentangkan hasil dapatan kajian serta meneroka peluang kolaborasi penyelidikan yang baru. Hampir 190 abstrak saintifik telah diterima, dengan beberapa daripadanya terpilih untuk bertanding bagi merebut anugerah berprestij Dr Wu Lien-Teh’s Young Investigator Research Awards yang akan disampaikan pada hari terakhir persidangan.

Semasa majlis perasmian ini, Dato’ Sri Norazman Ayob telah menyaksikan penganugerahan CRM Clinical Research Leadership Award kepada YBhg. Datuk Dr Kalaiarasu M.Peariasamy, Mantan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal bagi menghargai jasa beliau dalam memacu penyelidikan perubatan berasaskan bukti (evidence-based medicine) semasa pandemik Covid-19, terutama sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Pemilihan Vaksin (Vaccine Selection Technical Working Group). YBhg. Dato’ Sri Norazman juga turut menyaksikan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Kesihatan Negara (NIH) dan Sarawak Infectious Disease Centre (SIDC). Pemeteraian kerjasama tersebut memacu kolaborasi di antara kedua-dua organisasi dalam penyelidikan perubatan.

Turut hadir YB Datuk Dr Annuar bin Rapaee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Sarawak, YBrs. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Sepawi, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah (Program Kesihatan) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBhg Datin Dr Sheamini Sivasampu, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur NCCR 2023, YBrs. Dr. Akhmal Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia (CRM) selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur NCCR 2023 dan YBrs. Dr Alan Fong, Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Umum Sarawak selaku Pengerusi Jawatankuasa Saintifik NCCR 2023

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-09-27 14:27:08 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page