MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT PERINGKAT TERTINGGI BERKAITAN LIPUTAN KESIHATAN SEJAGAT (UNIVERSAL HEALTH COVERAGE, UHC) DALAM PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU KE-78 (UNGA)

22 September 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi berkaitan Liputan Kesihatan Sejagat (Universal Health Coverage, UHC) dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 (UNGA) bagi menyampaikan ucaptama beliau di New York, Amerika Syarikat.

Liputan Kesihatan Sejagat merangkumi hak asasi manusia terhadap perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, mudah didapati dan berpatutan tanpa mengalami sebarang isu berkaitan kewangan.

Pada masa kini, Malaysia telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam perkhidmatan kesihatan selama beberapa dekad dan menyediakan liputan kesihatan yang merangkumi seluruh rakyat.

Kerajaan juga telah memperkenalkan inisiatif PeKa B40 yang menyelaraskan pemeriksaan kesihatan di seluruh sektor bagi mereka yang berkelayakan.

Di samping itu, KKM turut memperkenalkan inisiatif Skim Perubatan MADANI yang bertujuan membantu rakyat Malaysia, khususnya kumpulan B40 bagi mendapatkan rawatan pesakit luar bagi kes-kes akut di klinik perubatan swasta (GP) secara percuma.

Usaha-usaha ini selaras dengan matlamat kerajaan sedia ada bagi memastikan semua rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam mendapatkan mendapat rawatan kesihatan yang diperlukan. Pandemik COVID-19 telah menunjukkan kepentingan mereformasikan sistem kesihatan demi kesejahteraan sejagat dan persediaan KKM bagi menghadapi krisis yang mendatang.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan KKM dan YBrs. Dr Husnina Ibrahim, Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) KKM.

image image

Kemaskini pada 2023-10-03 10:22:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page