22 September 2023- YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBhg. Dato' Razali Bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Berhubung Kerjasama Dalam Pembangunan Kompetensi Pemandu Ambulans, Kejuruteraan Automotif dan Program Keselamatan Jalan Raya hari ini di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.
Mesyuarat ini adalah rentetan daripada termeterainya satu Nota Kerjasama berhubung kerjasama Pembangunan Kompetensi Pemanduan Ambulans, Kejuruteraan Automotif dan Program Keselamatan Jalan Raya pada 6 April 2023 yang lalu.
Mesyuarat ini antara lainnya turut membincangkan Pembangunan Modal Insan dan Kompetensi, Khidmat Teknikal dan Kejuruteraan Automotif dan Kerja Penyelidikan, Program Keselamatan Jalan Raya dan Literasi Undang-Undang/ Peraturan Lalulintas.
Kemaskini pada 2023-10-03 10:29:29 daripada UKK Norhanita