MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN APRON WALK 2023 BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN CODEX KE-60 DI ANJUNG FLORIA, PUTRAJAYA

24 September 2023- YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Apron Walk 2023 bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 dan Sambutan Ulangtahun CODEX ke-60 di Anjung Floria, Putrajaya.

Acara yang melibatkan 1,000 orang peserta ini juga diadakan selari dengan sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (Wellness Month) yang disambut sepanjang September setiap tahun dengan menekankan pembudayaan hidup sihat sebagai matlamat kesihatan oleh individu, keluarga dan masyarakat.

Majlis turut meraikan penglibatan dan sumbangan Codex yang merupakan satu badan penetapan standard makanan antarabangsa selama 60 tahun dalam pembangunan standard makanan antarabangsa yang telah memberi impak besar terutamanya dalam memudahcara perdagangan terutamanya dalam membantu negara menembusi pasaran dagangan di peringkat antarabangsa dan serantau.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menitikberatkan usaha memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan negara dengan melaksanakan pelbagai strategi dan intervensi. Aktiviti pemantauan ke atas premis dan produk makanan yang dijual di pasaran juga dijalankan secara berterusan.

Turut hadir, YBrs. Ts. Norrani binti Eksan Pengarah Kanan Keselamatan & Kualiti Makanan dan YBrs. Encik Sazly Azzizuddin bin Sahaimi

Presiden Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA).

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-03 11:17:28 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page