MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KOMPLEKS DEWAN BEDAH, ICU DAN WAD TAMBAHAN HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)

25 September 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan YB Dato’ Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kompleks Dewan Bedah, ICU dan Wad Tambahan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Projek bangunan baharu tujuh (7) tingkat ini merupakan sebahagian projek pembangunan semula HKL dengan pembinaan semula Kompleks Dewan Bedah Urologi yang berhubung dengan Blok A Institut Urologi dan Nefrologi.

Bangunan ini juga dilengkapi dengan:

i. 5 unit dewan bedah urologi dan nefrologi yang setiap satunya mempunyai kefungsian yang berbeza,

ii. Unit Rawatan Rapi (ICU)

iii. High Dependency Ward

iv. Wad Urologi, Wad Nefrologi serta Wad Am yang mengandungi 252 katil secara keseluruhannya, dan

v. 32 ruang Hemodialisis.

Bangunan IUN baharu yang dijangka akan beroperasi secara berperingkat pada akhir Oktober 2023 ini dijangka dapat meningkatkan perkhidmatan rawatan sehingga tiga (3) kali ganda pesakit di Unit Rawatan AKUT hemodialisis dan (2) kali ganda pesakit di Unit Rawatan Rapi.

Turut hadir ialah YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBrs. Tuan Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, JKR dan YBhg. Datin Paduka Dr. Rohana binti Johan Pengarah Hospital Kuala Lumpur.

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-10-03 11:56:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page