MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H/ 2023M PERINGKAT KEBANGSAAN DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

28 September 2023- Sambutan Maulidur Rasul 1445H/ 2023M Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Perarakan Maulidur Rasul SAW telah diadakan sebagai kemuncak Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang bermula dari Jambatan Gemilang, Putrajaya dan menyusuli ke Dewan Planery Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini juga turut menyaksikan penglibatan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan termasuk kontijen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM )yang melafazkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bagi memperingati ulang tahun kelahiran Baginda, iaitu 12 Rabiulawal 1445H yang disambut pada 28 September 2023, dengan tema “Perpaduan Teras Malaysia Madani”.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menghadiri majlis sambutan ini.

Majlis turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan isteri, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-10-06 10:04:36 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page