MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) TAHUN 2023

29 September 2023, Putrajaya – YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penutup Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2023 di Putrajaya.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KKM Tahun 2023 telah dilancarkan oleh beliau pada 20 haribulan Julai lalu dengan pelepasan kereta berhias sebagai simbolik pelancaran.

Pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan telah diadakan, antaranya Pertandingan Kereta Berhias, Pertandingan Keceriaan Merdeka Ruang Pejabat Antara Bahagian-Bahagian, dan Pertandingan Reka Cipta dan Barangan Terpakai.

KKM juga turut serta mengambil bahagian dalam Pertandingan Keceriaan Antara Kementerian yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi Digital, yang mana penjurian telah dilaksanakan pada 14 Ogos lalu. Pelaksanaan aktiviti sambutan Bulan Kebangsaan berlangsung sehingga Hari Malaysia pada 16 September 2023.

KKM turut mengadakan Pameran Sejarah Kemerdekaan, Pameran Evolusi Sektor Perkhidmatan Kesihatan Malaysia, Pameran dan Dekorasi Kemerdekaan Future Hospital dan Pameran dan Dekorasi Kemerdekaan Kertas Putih Kesihatan sebagai mengenang jasa dan bakti pejuang-pejuang kemerdekaan serta jerit-perih orang-orang terdahulu dalam merealisasikan pembangunan dan kejayaan sektor kesihatan di negara ini.

Dr Zaliha turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan pertandingan video Tik Tok.

Turut hadir YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-06 10:15:54 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page