MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN WELLNESS MONTH @ LOTUS’S 2023

30 September 2023- YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Wellness Month @ Lotus’s 2023, di Setia Alam.

Sambutan program kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Lotus’s Malaysia ini merupakan sebahagian daripada Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang digariskan di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.

Selain bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, program ini juga untuk mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai sektor. Ini termasuk kerjasama awam dan swasta bagi mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat serta menggalakkan pencegahan penyakit dan kekal sihat.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2019), 1 dalam 2 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes, 1 dalam 4 orang dewasa tidak aktif secara fizikal, hanya 1 dalam 20 orang dewasa mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yangdisyorkan, 4.8 juta orang berumur 15 tahun ke atas merokok dan setengah juta orang dewasa mengalami kemurungan.

Masyarakat perlu memberi lebih perhatian dan lebihkan usaha untuk mengamalkan pilihan gaya hidup sihat sepanjang rutin harian mereka dan persekitaran yang menyokong untuk hidup sihat.

KKM komited untuk melibatkan lebih ramai peserta dari seluruh negara melalui pelbagai program yang dijalankan bersama rakan-rakan strategik.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Encik Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-10-06 10:22:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page