MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI WARGA EMAS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2023 DAN KEMPEN SIHAT MILIK SELANGOR 3.0 DI DATARAN KEMERDEKAAN, SHAH ALAM, SELANGOR

1 Oktober 2023- Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al- Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Aziz Shah Al- haj dan Tengku Permaisuri Selangor dengan diiringi oleh YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 dan Kempen Sihat Milik Selangor 3.0 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor.

Malaysia bakal mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila 15% daripada jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas. Menurut Jabatan Perangkaan Negara, pada tahun 2022, Negeri Selangor mempunyai penduduk berusia 60 tahun dan ke atas yang tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 11.5%.

Kementerian Kesihatan Malaysia komited terhadap Dasar Kesihatan Warga Emas Negara yang dibangunkan untuk membina warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimakan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk peningkatan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara.

Dalam usaha untuk menggalakan pembudayaan hidup sihat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Kempen Sihat Milik Selangor (SMS) yang merupakan satu program outreach untuk komuniti di negeri Selangor yang bertemakan ‘Rakyat Sejahtera Selangor Ceria’.

Turut hadir bersama ialah YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shaari, Menteri Besar Selangor, YB Dato' Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Sri Norazman Bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Dato' Dr Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Dato' Indera Dr. Shaari Bin Ngadiman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Yang Teramat Mulia Dato’ Dr Tunku Muzafar Shah Tunku Jaafar Laksmana, Ketua Perkhidmatan Geriatrik Kebangsaan.

 

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-10-13 12:09:27 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page