MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN SKIM PERUBATAN MADANI & PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 DI BULATAN SULTAN AZLAN SHAH IPOH, PERAK

1 Oktober 2023- YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim Perubatan Madani & Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Ipoh, Perak.

Program yang meriah ini turut dihadiri oleh YAB Dato Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan YB Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, Menteri Sumber Manusia.

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif penting Dasar Malaysia Madani bertujuan menyediakan akses sama rata perkhidmatan kesihatan yang berkualiti untuk memenuhi keperluan kesihatan kumpulan B40 dalam Penjagaan Kesihatan Primer Akut iaitu rawatan pesakit luar kes-kes akut. Skim ini sejajar dengan inisiatif Bitara MADANI bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan KKM.

Madani Afiat merupakan salah satu agenda penting yang dijalankan oleh KKM bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan ianya jelas menyokong Tonggak Kedua Malaysia MADANI. Program Madani Afiat Perak merupakan negeri kelima pelaksanaan Program Madani Afiat selepas Selangor,Kedah, Terengganu dan Johor.

YAB Perdana Menteri juga turut menyempurnakan Pelepasan Mobilisasi Saringan Kesihatan & Kenali Ubat Anda yang disertai oleh 11 buah kenderaan dan petugas-petugas kesihatan yang akan menjalankan program saringan kesihatan dari rumah ke rumah.

Turut hadir, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KKM, Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKM, Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Ketua Pengarah Kesihatan KKM dan Dr. Sirajuddin bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-10-13 12:19:22 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page