MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN SIRI PANDUAN DIET MALAYSIA DAN INISIATIF HEALTHY EATING RESPONSIBILITY FOR WOMEN ATAU “HER” DI PUTRAJAYA

2 Oktober 2023- YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan telah merasmikan Majlis Pelancaran Siri Panduan Diet Malaysia dan Inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women atau “HER” di Putrajaya.

Bertemakan 'Healthy Eating for All', program ini merupakan advokasi awal mengenai penerbitan siri Panduan Diet Malaysia dan Inisiatif HER yang merupakan antara usaha untuk mencegah dan mengawal masalah beban berganda malpemakanan dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dalam negara.

Siri Panduan Diet Malaysia ini merupakan dokumen saintifik yang diterbitkan khas mengandungi maklumat terkini serta saranan pendekatan untuk mencapai mesej-mesej utama dalam setiap Panduan Diet Malaysia. Ianya meliputi Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja, Maternal, Warga Emas dan Vegetarian.

Manakala, Inisiatif HER pula dibentuk sebagai kesinambungan dan terjemahan kepada Panduan Diet Malaysia untuk Maternal bagi mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berlaku dalam kalangan wanita umur reproduktif (15 - 49 tahun).

Semua pihak diseru untuk memainkan peranan dalam membantu memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan amalan pemakanan sihat dan seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan status kesihatan rakyat melalui pemakanan

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs. Emeritus Prof. Dr. Mohd Ismail Noor, Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Garis Panduan Pemakanan

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-13 13:18:27 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page