4 Oktober 2023- YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyertai Sesi Riadah Tasik Putrajaya bersama warga kerja KKM pada sebelah petang di Putrajaya.
Sesi riadah tersebut bertujuan membudayakan gaya hidup sihat selain mempromosikan 10,000 ribu langkah sehari melalui aktiviti seperti Senaman dan sesi 'Briskwalk' ke Tasik Putrajaya.
Ayuh melangkah ke arah hidup sihat dan sejahtera bersama keluarga dan rakan. Budayakan hidup sihat, sihat sepanjang hayat.
Kemaskini pada 2023-10-13 13:26:38 daripada UKK Norhanita