MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN KLINIK BERGERAK MENARA BERKEMBAR “TWIN TOWER'S MOBILE CLINIC” KUALA LUMPUR.

5 Oktober 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan Klinik Bergerak Menara Berkembar “Twin Tower's Mobile Clinic” di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, inisiatif yang baik ini dapat mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti selain mengukuhkan kerjasama awam-swasta bagi memperluaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan demi manfaat masyarakat.

Inisiatif inovatif seperti Klinik Bergerak Menara Berkembar ini menandakan pencapaian penting dalam industri penjagaan kesihatan. Ia bertujuan untuk menangani keperluan penjagaan kesihatan pekerja di sektor perindustrian yang mungkin tidak mempunyai akses mudah kepada kemudahan perubatan.

KKM sentiasa mengalu-alukan peluang dan inisiatif seperti Klinik Bergerak Menara Berkembar yang menyediakan penjagaan kesihatan, mudah diakses dan komprehensif yang akan memberi manfaat kepada majikan dan pekerja dalam sektor perindustrian.

KKM kekal komited untuk terus meningkatkan kesihatan dan keselamatan pekerja industri di negara ini dengan membangunkan dan melaksanakan dasar-dasar yang memupuk kepada persekitaran kerja yang lebih sihat dan selamat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-13 13:33:40 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page