MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PENGANUGERAHAN GELARAN ALUMNI TERSOHOR DARI FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM), CHERAS KUALA LUMPUR.

5 Oktober 2023-YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah dianugerahkan gelaran Alumni Tersohor dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Cheras, Kuala Lumpur. 

Pengiktirafan itu bagi meraikan kejayaan dan pencapaian beliau menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan secara khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia selain menyemarakkan semangat dan memberi inspirasi kepada para pelajar perubatan dalam menempuhi cabaran seharian bergelar mahasiswa dan mahasiswi di universiti ini. 

Dalam majlis tersebut, YB Dr. Zaliha telah menyampaikan syarahan bertajuk “Reformasi Sistem Kesihatan yang Kalis Masa Hadapan” yang menyentuh pelbagai isu kesihatan masyarakat di negara ini dalam mendepani cabaran masa hadapan.

YB Dr. Zaliha juga berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar pelajar di fakulti tersebut pada tahun 1981 hingga 1989. 

Turut hadir dalam majlis ini adalah pengurusan tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia, pengurusan Fakulti, pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia, rakan alumni, para pensyarah dan pelajar dari Fakulti Perubatan UKM.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-13 13:42:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page