MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ SERI KETUA SETIAUSAHA BAGI MENINJAU PERKEMBANGAN PROJEK PEMBAIKAN KLINIK DAN FASILITI DAIF DI NEGERI SELANGOR

6 Oktober 2023- YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau perkembangan Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif di Negeri Selangor.

Lawatan beliau dimulakan dengan melawat Klinik Desa Putra, Sungai Merab Dalam yang telah beroperasi sejak tahun 60an. Klinik ini hanya menyediakan perkhidmatan klinik ibu dan anak meliputi kawasan sekitar Desa Pinggiran Putra dan Kampung Desa Putra. Klinik Desa ini sedang dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan yang akan menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan seperti Klinik Pesakit Luar, Saringan Kesihatan dan farmasi.

Seterusnya, YBhg. Dato' Seri KSU juga telah meninjau kemajuan projek pembaikan Klinik Kesihatan Sepang, yang dijangka dapat memberikan perkhdimatan kepada kira-kira 15 ribu penduduk sekitar Sepang sebaik sahaja projek pembaikan siap. Antara perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah Klinik Pesakit Luar, Klinik Kecemasan, Saringan Kesihatan dan farmasi.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Dato' Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor dan YBrs. Dr Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

image image image image
image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-13 14:10:45 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page