MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) CHEMOMOI, BENTONG, PAHANG

6 Oktober 2023-YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Chemomoi, Bentong, Pahang.

KK Chemomoi merupakan KK kedua yang dilawati oleh beliau selepas lawatan di KK Telemong.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat dengan lebih terperinci situasi terkini projek pembinaan Pusat Hemodialisis di KK Chemomoi yang telah dikategorikan sebagai projek sakit. Pusat Hemodialisis ini dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 29 pesakit daripada daerah Bentong, selain pesakit yang memerlukan rawatan sama daripada sekitar daerah Bera.

Dalam lawatan ke KK Chemomoi ini juga YB Menteri Kesihatan telah mengumumkan bahawa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan X-Ray di KK Chemomoi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk setempat selain mengurangkan kesesakan di hospital berhampiran.

KK Chemomoi mula beroperasi dan siap dibina pada tahun 2010 untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Felda Kemasul dan Chemomoi. Dianggarkan secara purata kedatangan pesakit di Klinik Kesihatan ini adalah seramai 190 orang sehari. 
Antara pekhidmatan yang disediakan di sini ialah:
1. Perkhidmatan Pesakit Luar
2. Perkhidmatan Ibu dan Anak
3. Perkhidmatan Kesihatan Remaja 
4. Perkhidmatan Kesihatan Warga Sihat
5. Perkhidmatan Kesihatan Warga Tua
6. Perkhidmatan Kesihatan Mental

Turut hadir, YB Puan Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Bentong, YBhg. Dato Indera Dr. Norazimi Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan YBrs. Dr. Suzana Mohd Hashim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Kesihatan Awam).

image image image image

 


Kemaskini pada 2023-10-16 10:11:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page