MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS SAMBUTAN HARI KESEDARAN KANSER PAYU DARA 2023 DI PUTRAJAYA

10 Oktober 2023- YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Kesedaran Kanser Payu Dara 2023 di Putrajaya.

Di Malaysia, kanser payudara merupakan kanser utama yang menyerang wanita dan juga antara penyebab kematian utama dalam kalangan wanita. 

Insiden kanser payudara telah meningkat bagi tempoh 2012-2016 kepada 34.1 setiap 100,000 penduduk berbanding 31.1 setiap 100,000 penduduk bagi tempoh 2007-2011. 
Selain itu, didapati peningkatan pesakit yang didiagnosa pada tahap lewat iaitu tahap 3 dan 4 juga telah meningkat kepada 47.9% bagi tempoh 2012-2016 berbanding 43.1% bagi tempoh 2007-2011. 

Golongan wanita digalakkan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) bagi membolehkan mereka mengesan awal sebarang perubahan pada payudara dan hadir segera ke klinik untuk pengesahan dan rawatan.

KKM menyediakan perkhidmatan pemeriksaan klinikal payu dara (PKP) atau clinical breast examination (CBE) kepada semua wanita berumur 20 tahun ke atas dan pemeriksaan mammogram kepada wanita berisiko tinggi. Perkhidmatan ini disediakan di semua klinik kesihatan dan klinik desa yang mana pemeriksaan dilakukan oleh anggota kesihatan wanita pada kekerapan yang ditetapkan.

Sempena Sambutan Hari Kesedaran Kanser Payudara pada tahun ini, tema “Together We Rise” adalah menjadi hasrat KKM agar semua pemegang taruh yang terlibat dapat menjadi pemangkin untuk melaksanakan tanggungjawab secara bersama dalam meningkatkan kesedaran dan aktiviti pengesanan awal kanser payudara.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs. Dr. Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-10-16 16:34:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page