MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS ANUGERAH BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) TAHUN 2023 DI HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA.

10 Oktober 2023- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima Anugerah Cemerlang Pengurusan Aduan Awam bagi tahun 2022. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dalam Majlis Anugerah Biro Pengaduan Awam (BPA) Tahun 2023 yang diadakan pada 10 Oktober 2023 di Hotel Everly, Putrajaya.

YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha telah hadir ke Majlis tersebut untuk menerima anugerah cemerlang tersebut. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang kementerian-kementerian yang telah berusaha gigih memastikan pengurusan aduan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sebanyak sembilan (9) Kementerian yang telah memperoleh pencapaian cemerlang dipilih sebagai penerima anugerah pada tahun ini termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua warga KKM yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan pengurusan aduan KKM sentiasa cemerlang dan berkualiti.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-10-16 16:40:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page