10 Oktober 2023- Tanggal 10 Oktober setiap tahun adalah merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia.Kesihatan Mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.
Kesihatan mental yang baik amat penting kerana ia boleh mempengaruhi kualiti kehidupan seharian dan produktiviti seseorang jika tidak di tangani secara berkesan
Pada tahun ini, tema bagi Hari Kesihatan Mental adalah “Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma”.
Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam, YAB Perdana Menteri telah memakai riben hijau yang merupakan simbol solidariti sebagai tanda sokongan terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.Reben tersebut telah dipakaikan oleh YB Menteri Kesihatan semasa majlis pemakaian reben hijau di Dewan Parlimen semalam yang turut dihadiri oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah serta barisan Ahli Parlimen yang lain.
Terima Kasih diucapkan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas sokongan kepada Kempen ‘Kesihatan Mental Milik Semua. Hentikan Stigma.’
Sekiranya anda perlukan sokongan kesihatan mental, tampillah untuk mendapatkan bantuan.Anda boleh menghubungi Talian HEAL 15555 untuk mendapatkan khidmat bantuan sokongan kesihatan mental dan tele-kaunseling. Talian bantuan Krisis Kesihatan Mental 15555 (Help With Empathy And Love) yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kaunseling Ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, dari jam 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited dalam memberikan kesedaran berterusan berkaitan kesihatan mental dan menghentikan stigma bagi memastikan masyarakat lebih terbuka mengenai kesihatan mental dan mendapatkan rawatan awal bagi mereka yang memerlukan.Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma.
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.
Kemaskini pada 2023-10-18 11:52:49 daripada UKK Norhanita