MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN KARNIVAL SEGAMAT SIHAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA, HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA DAN BULAN KESEDARAN KANSER PERINGKAT DAERAH SEGAMAT TAHUN 2023 DI DATARAN SEGAMAT, JOHOR

14  Oktober 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir merasmikan Karnival Segamat Sihat sempena Hari Sukan Negara, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kesedaran Kanser Peringkat Daerah Segamat Tahun 2023 di Dataran Segamat, Johor.
Program Hari Sukan Negara 2023 merupakan antara salah satu agenda kerajaan bagi merealisasikan Visi Sukan Negara 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Sukan dan menjadi pendorong kepada rakyat untuk hidup lebih sihat, aktif, dan berdaya saing.

Selain daripada aktiviti secara fizikal, masyarakat tidak boleh meminggirkan aspek kepentingan kesihatan mental kerana kesihatan mental dan fizikal saling bergantungan antara satu sama lain dan merupakan aspek penting dalam kehidupan. Pasca pandemik Covid19 merupakan titik tolak kepada peningkatan kes berkaitan masalah mental. Tema sambutan Hari Mental Sedunia tahun ini adalah “Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma”.

Berdasarkan Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2019, seramai 424,000 orang kanak-kanak di Malaysia mengalami isu kesihatan mental. Selain itu, peratusan golongan remaja yang mempunyai kemurungan serta terlibat dengan niat ingin membunuh diri dan percubaan bunuh diri juga menunjukkan peningkatan. Peningkatan isu kesihatan mental golongan dewasa juga turut membimbangkan. Laporan NHMS pada tahun 2019 menunjukkan sebanyak setengah juta (2.3%) penduduk dewasa yang berumur 18 tahun ke atas mengalami kemurungan. Kes kemurungan tertinggi dicatatkan berlaku dalam kalangan golongan wanita, penduduk luar bandar, individu yang belum berkahwin dan individu berpendapatan rendah. Ini termasuk peningkatan dalam trend bunuh diri, iaitu sebanyak 1,142 kes bersamaan dengan peningkatan 81% pada tahun 2021 berbanding 631 kes pada tahun 2020 berdasarkan laporan oleh Polis Diraja Malaysia. Justeru adalah penting untuk kenali tanda-tanda masalah kesihatan mental dalam kalangan ahli keluarga serta mendapatkan bantuan profesional di fasiliti-fasiliti kesihatan yang terdekat sekiranya memerlukan.

Selain itu, kanser juga merupakan salah satu penyakit kronik yang menggerunkan dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kanser menyumbang kepada lebih dari 10 juta kematian di seluruh dunia pada tahun 2020. Kematian akibat kanser dijangka akan meningkat kepada 13 juta pada tahun 2030 sekiranya tiada intervensi dijalankan.
Di Malaysia, pada tahun 2021, 4.6 peratus daripada semua kemasukan hospital adalah disebabkan penyakit kanser. Selain itu, kanser menjadi penyebab kematian ke-5 tertinggi di hospital kerajaan dan nombor 1 tertinggi di hospital swasta.(Health Facts KKM 2022). Terdapat tiga jenis kanser yang kerap berlaku dalam kalangan lelaki adalah kanser kolorektal atau usus besar sebanyak 16.9%, kanser paru-paru sebanyak 14.9% dan kanser prostat sebanyak 8.1%. Manakala dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara (33.9%) diikuti kanser kolorektal (10.7%) dan kanser serviks (6.2%). 

Hampir semua kanser tersebut dikesan melalui saringan awal yang mana masyarakat dapat menjalani saringan kanser di fasiliti-fasiliti kesihatan kerajaan seperti saringan pap smear dan saringan mammogram. KKM amat komited terhadap usaha untuk mengurangkan beban kanser di negara ini. Melalui Kempen Cara Hidup Sihat, KKM telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat. 

YB Menteri Kesihatan menyeru agar setiap ahli masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama berganding bahu membantu KKM dalam mengurangkan beban penyakit kanser yang ditanggung oleh negara.

Turut hadir Tuan Haji Mohd Helmi bin Dato' Haji Sha'ri @ Shangari, Pentadbir Tanah Segamat selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Segamat, YB Puan Ng Kor Sim, ADUN Jementah, YM Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Segamat, YBrs Dr Zaid bin Kassim, Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunos, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, YH Supt Ahmad Zamry bin Marinsah, Ketua Polis Daerah Segamat dan YBhg Dato' Dr Aman bin Rabu, Penasihat MyCHAMPION Daerah Segamat

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-23 16:46:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page