MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN KONVENSYEN MYCHAMPION@KKM PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 DI SUBANG JAYA.

15 Oktober 2023- YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan merasmikan Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023 di Subang Jaya.

Konvensyen ini merupakan konvensyen pertama yang dianjurkan bersama sukarelawan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggabungkan pasukan Sukarelawan “Communication for Behavioural Impact” (COMBI), Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Sukarelawan Duta Kenali Ubat Anda (DKUA),Sukarelawan Ikon Gigi (IGG), Sukarelawan Panel Penasihat Klinik Pergigian (PPKK)dan Sukarelawan Wakil Kesihatan Kampung (WKK).Sejak dilancarkan pada 26 Mac 2022 yang lalu, KKM kini mempunyai seramai 53,556 sukarelawan yang bernaung di bawah payung MyCHAMPION. 

Penyepaduan pasukan sukarelawan KKM di bawah MyCHAMPION mampu menggemblengkan sumber supaya dapat digunakan strategik dalam memastikan usaha pemerkasaan komuniti yang lebih berstruktur termasuk penyampaian mesej atau maklumat kesihatan dengan lebih meluas.

Seramai 700 sukarelawan dan penyelaras MyCHAMPION kebangsaan dan negeri dari seluruh negara menghadiri konvensyen pada kali ini yang akan mendedahkan mereka kepada pengetahuan mengenai amalan terbaik projek inovasi sosial yang dapat dijadikan panduan untuk pelaksanaan program dalam komuniti. 
Individu atau pasukan sukarelawan yang berhasrat untuk mendapat maklumat lanjut dan mendaftar sebagai MyCHAMPION, boleh melayari laman portal www.infosihat.gov.my/mychampion/.

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-23 16:53:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page