MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT JAWATANKUASA RANTAU PASIFIK BARAT PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA KE-74 DI IBU PEJABAT SEKRETARIAT WHO DI MANILA, FILIPINA

16 Oktober 2023- YB Dr Zaliha Mustafa dan delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia ke-74 di Ibu Pejabat Sekretariat WHO di Manila, Filipina yang telah bermula pada 16 Oktober 2023. 
Dalam kenyataannya kepada Jawatankuasa tersebut, YB Dr. Zaliha Mustafa antara lain telah menyatakan komitmen negara dalam memastikan liputan kesihatan sejagat yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan penduduk. 

YB Dr Zaliha turut menyatakan bahawa Malaysia telah melancarkan inisiatif Skim Perubatan MADANI yang memberikan rawatan percuma kepada penduduk yang kurang berkemampuan di klinik kesihatan swasta. Selain itu, YB Dr Zaliha juga telah berkongsi mengenai program Madani Afiat yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat asas pencegahan penyakit dan program promosi kesihatan kepada orang ramai yang terdiri daripada pemeriksaan kesihatan dari pintu ke pintu dan pameran kesihatan di komuniti tempatan.

Mesyuarat ini pula telah menyaksikan kemenangan TYT Dr. Saia Ma’u Piukala daripada Tonga untuk menjawat jawatan Regional Director, Pertubuhan Kesihatan Sedunia Rantau Pasifik Barat. Antara calon-calon lain yang turut bertanding jawatan tersebut adalah calon-calon dari Filipina, Solomon Islands, China dan Vietnam. Malaysia berharap kerjasama baik di antara Malaysia dan WHO akan kekal utuh di bawah pimpinan Regional Director yang baharu ini.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-23 22:19:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page