MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL KEPADA PETUGAS KESIHATAN YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT PANDEMIK COVID-19 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW TAHUN TAHUN 1445H/2023M PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

18 Oktober 2023-Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Kepada Petugas Kesihatan Yang Meninggal Dunia Akibat Pandemik Covid-19 dan Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun tahun 1445H/2023M peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan di Ibu pejabat KKM, Putrajaya.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Bahagian Kawalan Penyakit KKM, jumlah petugas kesihatan yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 bagi tahun 2020-2022 adalah seramai 33 orang. Justeru, KKM mengambil inisiatif mengadakan Majlis bacaan Yasin dan Tahlil bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka yang mempertaruhkan nyawa demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 

YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, KKM turut merakamkan ucapan takziah kepada waris petugas yang hadir bersama dalam majlis tersebut. 
Di samping itu, beliau juga mengajak warga KKM untuk mencintai Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat dan sentiasa melaksanakan tugas penuh amanah dan berintegriti.Majlis turut diserikan dengan ceramah Maulidur Rasul SAW dan Selawat Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid.

Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Dato’ Zainal Alhakab bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-10-24 09:52:22 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page