MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN HARI TERBUKA INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR) 2023 SEMPENA ULANG TAHUN IMR KE-123 DI INSTITUT KESIHATAN NEGARA, SETIA ALAM, SELANGOR

19 Oktober 2023- Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al- Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Aziz Shah Al- haj dan Tengku Permaisuri Selangor dengan diiringi oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Terbuka Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) 2023 sempena ulang tahun IMR ke-123 di Institut Kesihatan Negara, Setia Alam, Selangor.

IMR telah menjadi pusat kecemerlangan dalam pelbagai bidang penyelidikan sejak ditubuhkan pada tahun 1900. Sebagai sebuah institusi penyelidikan bioperubatan terkemuka negara, fokus penyelidikan IMR tidak hanya tertumpu kepada penyakit tropika, tetapi kini beralih kepada disiplin bioperubatan seperti kanser, perubatan herba, imunologi dan penyakit autoimun, kencing manis dan sindrom metabolik, penyelidikan sel dan kesihatan alam sekitar yang sejajar dengan perubahan beban kesihatan dan perkembangan teknologi perubatan di Malaysia.

Program Hari Terbuka IMR yang diadakan lima tahun sekali ini adalah selaras dengan Pelan Strategik IMR 2019 - 2030 di bawah Teras: Increase Visibility, yang merupakan inisiatif bagi meningkatkan keterlihatan IMR dalam kalangan masyarakat. Keterlihatan IMR adalah penting untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan penyelidikan, khususnya bidang biomedikal dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan modal insan yang memfokus ke arah penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam mendokong cabaran pembangunan modal insan bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 

Turut hadir ialah YB Dato' Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Indera Dr. Shaari bin Ngadiman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan YBrs. Dr. Tahir bin Aris, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan.

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-10-24 10:02:52 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page