MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TYT DR. SAIA MA’U PIUKALA, PENGARAH SERANTAU (REGIONAL DIRECTOR) YANG BARU DILANTIK BAGI WHO RANTAU PASIFIK BARAT DI IBU PEJABAT SEKRETARIAT WHO DI MANILA, FILIPINA

19 Oktober 2023- YBhg Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) telah mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Dr. Saia Ma’u Piukala, Pengarah Serantau (Regional Director) yang baru dilantik bagi WHO Rantau Pasifik Barat di Ibu Pejabat Sekretariat WHO di Manila, Filipina sempena Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia ke-74 (RCM 74) yang sedang berlangsung sehingga 20 Oktober 2023. 
Dalam pertemuan singkat ini, YBhg. Datuk Dr. Norhayati antara lain telah menerangkan kerjasama yang dilaksanakan antara Malaysia dengan WHO serta harapan Malaysia terhadap kepemimpinan di bawah Pengarah Serantau yang baharu dalam mempergiatkan lagi kerjasama kesihatan dalam kalangan negara-negara di Rantau Pasifik Barat. 

Selain itu, beliau juga telah melahirkan hasrat agar keanggotaan tenaga kerja di pejabat WHO Rantau Pasifik Barat dapat lebih diseimbangkan dalam kalangan negara-negara anggota untuk memastikan WHO kekal relevan dalam merangka dasar-dasar yang lebih baik. Di samping itu, perbincangan turut menyentuh isu-isu kesihatan awam semasa.

Turut hadir ialah TYT Dato' Abdul Malik Melvin Castelino, Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina, Dr Rabindra Abeyasinghe, WHO Representative to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore serta delegasi Malaysia ke RCM 74.

image image image

Kemaskini pada 2023-10-24 12:21:07 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page