MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) 2023 DI INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) SULTAN AZLAN SHAH, PERAK

21 Oktober 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2023 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Perak.Istiadat konvokesyen Zon Semenanjung ini akan diadakan selama 4 hari berturut-turut dengan jumlah sebanyak 8 sidang (sesi pagi dan sesi petang). 

YB Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Sidang Pertama dengan menyerahkan sijil kepada sejumlah 881 graduan daripada jumlah keseluruhan 6,120 graduan pelbagai program pengajian di ILKKM Zon Semenanjung. 

Tema Istiadat pada tahun ini adalah “Graduan ILKKM Cemerlang, Pendukung Kesihatan Madani” seiring dengan konsep Malaysia MADANI dan bertepatan dengan matlamat KKM untuk menghasilkan tenaga kerja kesihatan yang terlatih dan kompeten sebagai pendukung sistem penyampaian kesihatan negara.

KKM akan sentiasa berusaha meningkatkan promosi latihan bagi Program Lanjutan dan bidang-bidang kepakaran yang kritikal bagi menghasilkan tenaga kerja sektor kesihatan yang mantap dan berdaya tahan pada masa hadapan.

Turut hadir, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Puan Noor Aini binti Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBrs. En. Wan Hairuddin Bin Che Wan Mohd Yassin, Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2023 Zon Semenanjung.

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-10-24 18:39:08 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page