MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN DI THE CURVE, DAMANSARA.

22 Oktober 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan menyempurnakan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan di The Curve, Damansara.

Tema sambutan tahun ni, “Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma” menekankan usaha untuk menoktahkan stigma dan persepsi negatif terhadap individu yang mempunyai masalah atau penyakit mental yang menyebabkan mereka tidak tampil mendapatkan bantuan profesional yang diperlukan.

Majlis turut menyaksikan pelancaran “Kempen Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mental dan usaha menangani stigma dan diskriminasi terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Dua modul latihan turut dilancarkan iaitu Training Module on Suicide Prevention First- Line Responders dan Modul Latihan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau Mental Health Psychosocial Support Services (MHPSS) bagi tujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan melatih petugas barisan hadapan dalam pengendalian kes tingkah laku bunuh diri serta memperkukuh kemahiran pengurusan kesihatan mental semasa krisis dan bencana.Selain itu, modul perkhidmatan kesihatan mental dalam aplikasi MySejahtera iaitu modul MyMinda juga dilancarkan yang terdiri daripada saringan minda sihat, maklumat bahan psikopendidikan serta meningkatkan akses terhadap perkhidmatan bantuan sokongan psikososial.

KKM terus komited memancu agenda kesihatan mental negara dan mempertingkat kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan perkhidmatan kesihatan mental yang holistik dapat disediakan untuk segenap lapisan masyarakat.

Turut hadir, YB Dato’ Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-10-25 11:18:18 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page