MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN KARNIVAL SUKAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) TAHUN 2023 DI STADIUM MOUNT AUSTIN JOHOR BAHRU.

26 Oktober 2023- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Karnival Sukan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Tahun 2023 di Stadium Mount Austin Johor Bahru.

YB Dato Lukanisman mengucapkan tahniah dan syabas kepada para atlet yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa serta peringkat umur, memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Karnival Sukan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2023 ini.

Mini Karnival Kecergasan (KKM) telah dilaksanakan sejak bulan Jun 2023 lalu di mana negeri Perlis sebagai Tuan Rumah Pertama bagi sukan berbasikal. Kesinambungan daripada itu, pelbagai acara turut dipertandingkan di negeri-negeri lain dan akan berakhir dengan majlis penutupan bagi Karnival Sukan Kebangsaan ini di negeri Johor.

Karnival Sukan Kebangsaan KKM ini juga merupakan salah satu strategi bagi teras 1 dan teras 2 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) menerusi komuniti.

Pada era 60-an hingga 70-an, penyakit tidak berjangkit atau Non Communicable Disease (NCD) jarang didengari di Malaysia. Namun hari ini, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, diabetes, kanser dan asma sudah menjadi penyakit biasa dalam kalangan masyarakat tanpa mengira status ekonomi, bangsa ataupun peringkat umur. Hal ini bertambah buruk lagi melalui tabiat buruk seperti merokok, diet tidak seimbang dan pengambilan alkohol yang terus menyumbang kepada peningkatan kadar pesakit NCD di Malaysia dari tahun ke tahun.

Turut hadir YBhg Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs.Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2023 dan YBrs Dr. Ismuni bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis merangkap Setiausaha Kehormat Majlis Sukan dan Kebajikan Kebangsaan KKM (MSKKKK).

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-10-27 09:49:54 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page