MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) BANDARAYA MIRI, SARAWAK.

27 Oktober 2023- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan (Jenis 2) Bandaraya Miri, Sarawak.

Projek pembinaan klinik di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Sarawak ini telah berjaya disiapkan pada 26 Jun 2023.Klinik Kesihatan (Jenis 2) Bandaraya Miri berkapasiti untuk menampung bilangan kehadiran sehari antara 500-800 orang ini dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun depan.

YB Dato Lukanisman juga telah melawat ke ruang dan unit perkhidmatan yang akan disediakan di klinik ini antaranya ialah Rawatan Pesakit Luar, Kecemasan dan Trauma, Kesihatan Ibu dan Anak, Rawatan Pergigian dan Perkhidmatan Rehabilitasi.

Turut hadir ialah YB Dato’ Seri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Tuan Chiew Choon Man, Ahli Parlimen P219 Miri, YB Datuk Sebastian Tung Chiew Yew, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan , YBrs. Tuan Haji Zairi bin Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM dan YBrs. Ir Stephen Ung Neng Hui, Jurutera Bahagian Miri Jabatan Kerja Raya.

 

 

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-10-30 10:56:31 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page