MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MADANI AFIAT & KEMBARA WELLNESS ON WHEELS (WOW) PERINGKAT NEGERI MELAKA DI KAMPUNG PAYA REDAN, AYER MOLEK, MELAKA.

28 Oktober 2023- YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Madani Afiat & Kembara Wellness On Wheels (WoW) Peringkat Negeri Melaka di Kampung Paya Redan, Ayer Molek, Melaka.

Pelaksanaan kali keenam program Madani Afiat ini bertujuan untuk memupuk dan mengukuhkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan khususnya golongan yang berisiko.

Antara aktiviti utama Madani Afiat melibatkan aktiviti “Touch Point” berupa lawatan dari rumah ke rumah memfokuskan kepada aktiviti saringan kesihatan disamping penglibatan pihak pengurusan tertinggi KKM, pemimpin masyarakat serta pasukan perubatan mendekati dan menyantuni rakyat secara lebih dekat.Selain itu, program pada kali ini mengetengahkan perkhidmatan Wellness on Wheels (WoW) yang merupakan inovasi dalam menyampaikan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara bergerak (mobile) kepada komuniti Madani. WoW menyediakan perkhidmatan yang komprehensif kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti seperti konsultasi, saringan kesihatan, saringan faktor risiko penyakit tidak berjangkit, pameran interaktif dan sebagainya.

Turut hadir ialah YB Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Merangkap Ahli DUN Ayer Molek, YB Tuan Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dan YB Puan Siti Faizah Datuk Abdul Azie, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.

 

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-10-30 11:04:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page