MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN PERSEKUTUAN PERSATUAN PERUBATAN ISLAM (FIMA) SEMPENA PERSIDANGAN SAINTIFIK TAHUNAN PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA (IMAM) KE-24 2023.

29 Oktober 2023- YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA) sempena Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) ke-24 2023.

Bertemakan 'Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) di Dunia Islam', persidangan ini menekankan kepentingan NCD kepada beban penjagaan kesihatan global dan peranannya sebagai punca utama kematian pramatang di seluruh dunia.

Persidangan yang berlangsung selama 5 hari ini melibatkan penceramah dari sektor penjagaan kesihatan Malaysia dan Persatuan Perubatan Islam antarabangsa serta meliputi pelbagai topik dalam perubatan Islam seperti etika, pendidikan, penyelidikan, inovasi, kepimpinan, dan usaha kemanusiaan.Persidangan ini telah menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, amalan terbaik dan kemas kini mengenai pelbagai aspek Penyakit tidak berjangkit (NCD).NCD merupakan cabaran kesihatan global, yang menjejaskan banyak negara yang menyebabkan kebanyakan penyakit dan kematian. Penyakit seperti masalah jantung, kencing manis, kanser dan masalah paru-paru boleh dicegah dan dirawat dengan menangani faktor risiko biasa seperti merokok, diet yang tidak betul, kurang bersenam dan alkohol yang berlebihan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara konsisten merancang untuk memerangi NCD dan mengurangkan beban yang semakin meningkat. Usaha sama daripada pelbagai sektor turut diperlukan dalam perkara ini.

Turut hadir Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman, Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA), Dr Muhammad Yusri Musa, Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), EXCOS FIMA, IMAM dan delegasi Konvensyen Saintifik FIMA.

 

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-10-30 11:17:03 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page