MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KURANGKAN GULA PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 2023 TELAH DIADAKAN DI MEDAN SELERA PRESINT 16, PUTRAJAYA

29 Oktober 2023- Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Gula Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2023 telah diadakan di Medan Selera Presint 16, Putrajaya dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zainal Alhakab bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan gula tidak melebihi 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula yang diambil di dalam makanan dan minuman harian yang lain. Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula.

KKM telah merangka satu Pelan Advokasi Mengurangkan Gula dan pelbagai inisiatif telah dirancang bagi memastikan mesej berkaitan gula dan kesannya terhadap kesihatan dapat disebarkan secara meluas yang bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dan seterusnya mengawal pengambilan gula harian mereka.

Ini termasuk Kempen Kurangkan Gula kepada pengusaha gerai yang menjual minuman di Medan Selera di Putrajaya. Inisiatif ini juga akan turut diperluaskan di peringkat negeri.‘Gula: 1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik’.

Turut hadir YBhg. Datuk Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Encik Shamsul Joehari bin Zainal Mokhtar, Naib Presiden Perbadanan Putrajaya dan YBrs. Puan Rusidah Selamat, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-10-30 11:34:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page